Jangan tolak tawaran MRSM kerana masalah kewangan – Asyraf Wajdi

Pelajar yang menerima tawaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi Tahun 2026 dinasihatkan agar tidak menolak peluang tersebut hanya disebabkan kekangan kewangan keluarga.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Asyraf Wajdi Dusuki, memberi jaminan bahawa pihak pengurusan MARA dan MRSM bersedia membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan pengajian melalui pelbagai bentuk sokongan.

“Tolong jangan tolak tawaran MRSM hanya kerana faktor kemiskinan.

Saya sudah minta pengurusan MARA dan MRSM bantu mereka yang susah. Bantuan khas Budi MARA juga ada disediakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, Sabtu.

Nasihat itu disuarakan susulan makluman mengenai sebuah keluarga kurang berkemampuan di Pasir Mas yang bercadang menolak tawaran kemasukan anak mereka ke MRSM Jeli atas faktor kewangan.

Menurut Asyraf Wajdi, bapa pelajar berkenaan tidak lagi bekerja selepas terlibat dalam kemalangan, manakala ibunya seorang suri rumah yang tinggal di kampung pedalaman, dengan tanggungan empat orang anak.

“Mereka baru menerima makluman tawaran ke MRSM Jeli, namun memikirkan kos awal dan perbelanjaan sepanjang belajar, keluarga ini berkira-kira untuk menolak tawaran tersebut,” jelasnya.

Bagi memastikan pelajar itu tidak terlepas peluang pendidikan, beliau turut mengambil inisiatif menghubungi Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Noor Hariri Mohamed Nor, bagi membantu menampung perbelanjaan awal pelajar berkenaan.



Asyraf Wajdi menegaskan, MRSM diwujudkan sebagai laluan mobiliti sosial untuk anak-anak daripada keluarga sederhana dan miskin, justeru faktor kewangan tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk menerima tawaran pendidikan berkualiti.

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan