Air Asia kini benarkan pramugari berhijab mulai tahun depan

AirAsia mengumumkan pembaharuan penting dalam polisi pakaian seragam mereka, kru kabin wanita kini diberi pilihan untuk memakai hijab ketika bertugas di semua laluan.

Langkah ini selaras dengan budaya syarikat yang terus berevolusi berdasarkan maklum balas dan keperluan pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam, berkata beliau bangga melihat perubahan ini sebagai satu dorongan untuk pertumbuhan AirAsia sebagai syarikat penerbangan global yang memiliki tenaga kerja pelbagai budaya.

“Seragam kami sentiasa mencerminkan profesionalisme, keselamatan dan keselesaan.

Evolusi ini membina asas tersebut dengan memberikan keyakinan kepada kakitangan kami selaras dengan kepercayaan mereka,” katanya.

Sebelum ini, kru kabin AirAsia telah memakai hijab di laluan tertentu seperti Jeddah, selaras peraturan tempatan.

Namun dengan polisi baharu ini, fleksibiliti itu kini diperluaskan kepada semua kru wanita yang memilih untuk berhijab sambil mengekalkan identiti unik seragam merah AirAsia.

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan, menyifatkan pembaharuan ini sebagai bukti semangat kepelbagaian dalam organisasi itu.

“Allstars kami berasal daripada pelbagai latar belakang, budaya dan kepercayaan. Namun kami tetap bersatu dengan komitmen memberi perkhidmatan bertaraf dunia.

Polisi ini mencerminkan identiti kami, dan kami sedang bekerjasama dalam reka bentuk terperinci sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya. Insya-Allah bermula Ramadan 2026,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes, juga menegaskan bahawa kekuatan AirAsia sentiasa datang daripada kepelbagaian pendapat dalam kalangan Allstars.

“Apabila kru kabin membangkitkan perkara ini kepada pengurusan, kami menilai dengan teliti.

Menghormati pandangan dan kepercayaan berbeza adalah budaya kami dan ia juga membentuk kejayaan AirAsia selama ini,” katanya.



Seragam kru kabin merah ikonik AirAsia akan dikekalkan, dengan tambahan pilihan hijab dan seluar yang direka profesional, sama seperti yang digunakan kru di laluan Jeddah.

Ia dijamin memenuhi aspek keselesaan, keselamatan dan konsistensi jenama.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan