Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Rentung Dalam Lori Terbakar

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas lori yang dinaikinya terbakar dalam kejadian di Iskandar Halal Park, Cahaya Baru, Pasir Gudang, pada pagi Jumaat.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran lori itu pada jam 10.46 pagi sebelum enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran lori tanpa muatan yang terbakar kira-kira 60 peratus di bahagian kepala lori.

“Tindakan awal orang awam menggunakan enam alat pemadam api jenis debu kering serta sebuah jengkaut membawa tanah bagi mengawal api,” katanya dalam kenyataan.

Pemandu Sempat Selamatkan Diri, Kanak-Kanak Maut Di Tempat Kejadian

Firdaus berkata, ketika kejadian, seorang kanak-kanak berada di dalam lori manakala pemandu lelaki berjaya menyelamatkan diri.

kanak kanak rentung dalam lori


“Kanak-kanak terbabit dipercayai anak kepada pemandu lori berkenaan disahkan rentung dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat.

TERKINI

Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!