Ujian Darjah 4 Bermula Tahun Ini, Ujian Tingkatan 3 Pada 2027

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan pelaksanaan ujian matriks pembelajaran melibatkan penilaian pelajar darjah empat yang akan bermula tahun ini.

Menurut beliau, ujian berkenaan merangkumi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, dan akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 di Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata, pelaksanaan penilaian di peringkat darjah empat bertujuan memberi ruang kepada murid untuk memperbaiki pencapaian mereka pada darjah lima dan enam sebelum melangkah ke sekolah menengah.

“Maknanya kita buat penilaian dan kita mahu darjah lima dan darjah enam kita perbaiki dan letakkan anak-anak supaya diberikan ruang memperbaiki diri dalam tempoh dua tahun sebelum masuk ke tingkatan satu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga bagi lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah akan mula dilaksanakan pada tahun 2027.



Menurut beliau, kedua-dua pengukuran itu akan ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dikenali sebagai Matriks Pembelajaran Malaysia.

SHARE:

TERKINI

Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!