Kereta Peronda Polis Terbalik Berkali-kali Elak Sekumpulan Monyet

Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik beberapa kali ketika cuba mengelak sekumpulan monyet yang berada di tengah jalan di Kuala Berang, Terengganu, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit Kepah–Tapah, Kampung Kepah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada waktu berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu itu sedang menjalankan tugas rondaan penguatkuasaan trafik.

Pemandu patah tangan kiri

Kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta peronda jenis Honda City, Muhammad Amirul Hafiz Ahmad, 26, mengalami patah tangan kiri.

Rakannya, Khairil Azlan Abdul Latif, 44, pula mengalami kesakitan pada bahagian rahang.

Sharudin berkata, kereta dinaiki kedua-dua anggota itu sedang dalam perjalanan dari arah Simpang Kepah menuju ke Kuala Berang sebelum terserempak dengan sekumpulan monyet di tengah jalan.

Pemandu kemudian cuba mengelak haiwan berkenaan dengan mengubah haluan kenderaan ke arah kanan.

Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan kenderaan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik beberapa kali.

Kedua-dua anggota polis itu kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan awal turut mendapati lokasi kejadian merupakan jalan berselekoh dengan permukaan jalan yang basah akibat hujan.

Sumber: Berita Harian

Tak Sempat Beraya, Dua Anggota Tentera Maut Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Kelantan
By KD | |
Hasrat dua anggota tentera untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung…
Ahli Parlimen Rantau Panjang Cedera Dalam Kemalangan Di LTU
By KD | |
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mengalami…
Pemandu Rentung Kereta Terbakar Selepas Langgar Pokok
By KD | |
Seorang pemandu maut dalam keadaan rentung apabila kenderaan dipandunya terbakar…
Remaja 15 Tahun Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Pegang Tiang Lampu
By KD | |
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia selepas terkena…
Haiwan Ternakan Dirempuh Tren Hampir Setiap Minggu, KTMB Rugi Lebih RM100,000 Setahun
By KD | |
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendedahkan insiden haiwan ternakan berkeliaran…
Identiti penunggang maut diseret kenderaan pacuan empat roda dikenal pasti dari Kelantan
By KD | |
BERA – Identiti penunggang motosikal yang maut selepas terlibat dalam…
Lelaki Maut Tercampak Dari Kereta, Tersangkut Di Pokok Sawit Di Gua Musang
By KD | |
Seorang lelaki maut selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya sebelum…
Mangsa Letupan Penyaman Udara Kereta Di Tanah Merah Dalam Keadaan Kritikal
By KD | |
Apa yang disangka Zainun Abdullah sebagai bunyi tayar kereta meletup…
Wanita Hamil Maut Tersepit Dalam Nahas Dua Kenderaan Di Machang
By KD | |
Seorang wanita yang dipercayai hamil pada peringkat awal kandungan maut…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!