Wanita Hamil Maut Tersepit Dalam Nahas Dua Kenderaan Di Machang

Seorang wanita yang dipercayai hamil pada peringkat awal kandungan maut selepas tersepit dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Banggol Petai, Machang, awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, mangsa, Siti Nurlieyana Azieka Rosli, 23, yang merupakan penumpang hadapan sebuah Proton Wira, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Suaminya, Mohd Khairil Akmal Md Rahim, berusia 20-an, yang memandu kenderaan tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan II Ahmah Syauqi Afiq Che Darus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.54 tengah malam sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira empat kilometer.

Setibanya pasukan di lokasi pada jam 1.01 pagi, pemeriksaan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero.

“Mangsa lelaki berusia 20-an yang memandu Proton Wira cedera ringan manakala mangsa wanita tersepit di bahagian dalam kereta.

“Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.39 pagi.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!