Kereta Peronda Polis Terbalik Berkali-kali Elak Sekumpulan Monyet

Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik beberapa kali ketika cuba mengelak sekumpulan monyet yang berada di tengah jalan di Kuala Berang, Terengganu, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit Kepah–Tapah, Kampung Kepah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada waktu berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu itu sedang menjalankan tugas rondaan penguatkuasaan trafik.

Pemandu patah tangan kiri

Kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta peronda jenis Honda City, Muhammad Amirul Hafiz Ahmad, 26, mengalami patah tangan kiri.

Rakannya, Khairil Azlan Abdul Latif, 44, pula mengalami kesakitan pada bahagian rahang.

Sharudin berkata, kereta dinaiki kedua-dua anggota itu sedang dalam perjalanan dari arah Simpang Kepah menuju ke Kuala Berang sebelum terserempak dengan sekumpulan monyet di tengah jalan.

Pemandu kemudian cuba mengelak haiwan berkenaan dengan mengubah haluan kenderaan ke arah kanan.

Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan kenderaan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik beberapa kali.

Kedua-dua anggota polis itu kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan awal turut mendapati lokasi kejadian merupakan jalan berselekoh dengan permukaan jalan yang basah akibat hujan.

Sumber: Berita Harian

Dua Wanita Cedera Ambulans Terbabas Rempuh Dua Kereta di Tumpat
By KD | |
Dua wanita cedera selepas sebuah ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)…
Pembonceng Motosikal Maut Kemalangan Dengan Perodua Viva Di Kuala Krai
By KD | |
Seorang pembonceng motosikal berkuasa tinggi maut selepas kenderaan dinaikinya terlibat…
Peserta wanita Superbike Fighter 2.0 Maut Selepas Motosikal Terbabas Di Kuala Ibai
By KD | |
Perjalanan pulang selepas menyertai program permotoran Superbike Fighter (SBK) 2.0…
Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar ketika bapa undur kereta
By KD | |
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas hampir…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
By KD | |
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan lampu…
Insiden Bas Ekspres Disekat Lori Ayam, Syarikat Bas Keluarkan Kenyataan Rasmi & Kronologi
By KD | |
Kronologi Insiden Di Jalan Gerik–Jeli Satu insiden tular membabitkan sebuah…
Remaja Perempuan Maut, Tiga Cedera Kereta Terbabas Di Lojing
By KD | |
Perjalanan pulang empat anak muda dari Cameron Highlands berakhir dengan…
Patah Balik Elak Pemeriksaan Polis, Dua Lelaki Maut Terbabas di Gua Musang
By KD | |
Dua lelaki maut selepas sebuah Proton X70 dipercayai hilang kawalan,…
Padah curi van jenazah, lelaki kemalangan rempuh lori
By KD | |
KULAI – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki mencuri sebuah…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!