Lelaki Maut Tercampak Dari Kereta, Tersangkut Di Pokok Sawit Di Gua Musang

Seorang lelaki maut selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya sebelum ditemukan tersangkut pada dahan pokok kelapa sawit dalam kemalangan di Kampung Panggong Jaya, Gua Musang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.58 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhamad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 11 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera bersama pasukan penyelamat terus dikerahkan ke lokasi sebelum tiba kira-kira 11 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan sebuah lori.

“Sebaik tiba, kami mendapati seorang mangsa lelaki tercampak keluar dari kereta dan tersangkut di dahan pokok kelapa sawit berhampiran lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi itu melibatkan sembilan anggota BBP Gua Musang dengan bantuan pihak polis.

Menurut beliau, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.50 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!