Identiti penunggang maut diseret kenderaan pacuan empat roda dikenal pasti dari Kelantan

BERA – Identiti penunggang motosikal yang maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 7, Jalan Bera-Mayam pada Selasa telah dikenal pasti sebagai Mohamad Hasli Wafi Kamaludin, 17, berasal dari Kampung Pauh, Temangan, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir, berkata keluarga mangsa kini tinggal di Janda Baik, Bentong. “Mangsa difahamkan bergerak dari Janda Baik sekitar jam 7 malam Isnin untuk menemui tunang di Felda Purun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya mangsa bertatu, sebaliknya menjelaskan ia hanyalah baju dalam nipis yang dipakai sehingga kelihatan seperti tatu lembap.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.45 pagi itu melibatkan tiga kenderaan, apabila motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Mitsubishi Triton dipandu seorang kontraktor berusia 26 tahun.

Akibat hentaman itu, mangsa diseret sejauh 40 meter sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, tangan dan kaki.

Seorang lagi pemandu kenderaan jenis Isuzu D-Max, berusia 23 tahun, tidak cedera tetapi kenderaannya mengalami tayar pecah akibat melanggar serpihan motosikal mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro

TERKINI

Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!