Mangsa Letupan Penyaman Udara Kereta Di Tanah Merah Dalam Keadaan Kritikal

Apa yang disangka Zainun Abdullah sebagai bunyi tayar kereta meletup bertukar menjadi detik hitam dalam hidupnya apabila melihat anaknya, Mohd Sharul Nizam Rahim, 31, mengalami kecederaan parah akibat letupan di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo, Tanah Merah, petang Jumaat.

Wanita berusia 60 tahun itu berkata, ketika kejadian beliau sedang berada di dapur menyediakan makanan sebelum terdengar satu bunyi letupan kuat dari bengkel yang terletak bersebelahan rumah mereka.

“Saya sangka tayar yang meletup. Bila saya lari keluar, saya nampak anak terbaring di tanah dengan kedua-dua kakinya cedera parah. Masa itu dia masih sedar.

“Saya ajar dia mengucap syahadah dan dia ikut. Lepas itu, dia senyap,” katanya dalam keadaan sebak.

Zainun segera mendapatkan bantuan jiran sebelum anaknya dikejarkan ke Hospital Tanah Merah.

Mohd Sharul Nizam yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik mengusahakan bengkel berkenaan sejak lapan tahun lalu bagi menyara isteri dan tiga anaknya.

Kakaknya, Zainawati, 37, berkata pihak doktor memaklumkan keadaan adiknya kritikal dan salah satu kakinya perlu dipotong kerana jangkitan telah merebak ke jantung.

“Dia diletakkan di bawah sedasi. Hari ini (semalam) doktor sedang membuat persediaan untuk memotong kakinya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mendapati letupan tersebut berpunca daripada kebocoran sistem gas penyaman udara kenderaan di bengkel berkenaan.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!