Pemandu Rentung Kereta Terbakar Selepas Langgar Pokok

Seorang pemandu maut dalam keadaan rentung apabila kenderaan dipandunya terbakar selepas terbabas di Kilometer 284.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.33 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi sejauh kira-kira empat kilometer.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, terdapat sebuah kenderaan terbabas melanggar sebatang pokok dan musnah terbakar 80 peratus.

“Kemalangan itu membabitkan seorang mangsa yang belum dapat dikenal pasti identitinya, maut terbakar di bahagian pemandu kenderaan tersebut,” katanya.


Menurutnya, kerja-kerja pemadaman berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pihak bomba kini menunggu kehadiran polis bagi urusan selanjutnya termasuk pengurusan mangsa.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!