Lelaki Warga Asing Dikhuatiri Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Lojing

Seorang lelaki warga asing dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah rumah kongsi di sebuah kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.12 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba kemudian tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 5.30 petang untuk menjalankan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati berlaku runtuhan tanah dari cerun setinggi kira-kira 50 meter.

“Hasil maklumat awal, seorang lelaki warga asing dipercayai berada di dalam sebuah rumah kongsi binaan kayu ketika berlaku runtuhan tanah.

“Lokasi kejadian terletak kira-kira lima kilometer dari Pondok Polis Lojing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Azrul berkata, operasi mencari dan mengesan mangsa dimulakan kira-kira jam 5.54 petang dengan bantuan pihak polis.

Usaha mencari mangsa masih dijalankan di lokasi kejadian.

Sumber: Kosmo!

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!