Lebih 200 penduduk bimbang, hakisan sekitar Pantai Bisikan Bayu makin teruk

Lebih 200 penduduk di tiga kampung sekitar Pantai Bisikan Bayu dan Pantai Pachakan di Pasir Puteh kini hidup dalam kebimbangan apabila hakisan pantai di kawasan itu dilaporkan semakin teruk, terutama ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Setiap kali berlaku air pasang besar, air laut bukan sahaja menghampiri kediaman penduduk, malah ada yang sudah masuk ke dalam rumah. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan apabila jarak antara rumah dan pantai semakin mengecil, ada yang hanya tinggal beberapa meter sahaja.

Penduduk Kampung Pantai Bisikan Bayu, Nik Awang, 82, berkata perubahan itu amat ketara berbanding dahulu apabila pantai berada jauh dari kawasan rumah.

"Saya lahir dan dibesarkan di sini. Malah sebuah rumah yang saya diami sebelum ini sudah runtuh akibat akibat hakisan dan kini mendiami rumah baharu yang dibina oleh PETRONAS.

Namun, rumah baharu juga juga sudah dimasuki air setiap kali air pasang kerana jarak pantai dari rumah semakin dekat, hanya lima meter.

Walaupun air pasang, saya tetap berada di rumah ini kerana mahu melihat keadaan kediaman meskipun anak yang tinggal di Pasir Puteh sentiasa ajak tinggal bersamanya, terutama setiap kali air pasang," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, situasi itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan, malah menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan penduduk yang menetap di kawasan pesisir pantai berkenaan.

Beliau berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera termasuk pembinaan benteng bagi mengekang masalah hakisan yang semakin serius.

Sementara itu, penduduk Kampung Pachakan, Mat Hadsan Mat Ali, 64, berkata masalah hakisan pantai sudah lama berlaku, namun menjadi semakin buruk sejak tahun lalu.

Beliau yang juga pengusaha keropok keping berkata terpaksa membina benteng sementara menggunakan guni pasir bagi menghalang air laut daripada memasuki premis perniagaannya.

"Gerai tempat saya buat keropok kini semakin hampir dengan pantai berbanding dahulu, sayup mata memandang jarak gerai dengan pantai. Rumah saya juga di sini namun jarak sedikit jauh dari gerai.

Sekiranya masalah hakisan ini tidak ditangani, rumah saya pun akan terjejas beberapa tahun lagi. Kami bimbang Kampung Pachakan dan Pantai Bisikan Bayu akan tinggal nama sahaja nanti sekiranya masalah hakisan semakin teruk," katanya.

Penduduk berharap tindakan jangka panjang dapat dilaksanakan segera bagi melindungi kediaman, sumber rezeki serta kelangsungan kampung-kampung pesisir pantai daripada terus terhakis akibat perubahan alam dan cuaca ekstrem.



Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!