Kereta dihanyut arus deras, warga emas lemas di Tanah Merah

Seorang wanita warga emas ditemukan lemas selepas kereta yang dinaiki bersama anak perempuannya dihanyutkan arus deras ketika banjir melanda Kampung Bendang Nyior, Tanah Merah, awal pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Siti Gayah Zakaria, 70, meninggal dunia manakala anaknya, Shamila Suzie Ahmad Basharuddin, 48, terselamat.

Shamila berkata mereka dalam perjalanan menuju ke Kampung Batu 7 untuk menghantar ibunya ke rumah ahli keluarga kerana bimbang kediaman Siti Gayah di Kampung Manal 2 dinaiki air.

Sebaik tiba di lokasi, kereta Proton Saga FLX yang dipandu meredah limpahan air di atas jalan tanpa menyedari arusnya terlalu kuat.

“Keadaan ketika itu gelap dan hanya bergantung kepada lampu kereta, rupanya arus yang melimpah atas jalan sangat deras sehingga membuatkan kereta saya berpusing dan terheret,” katanya.

Menurutnya, kereta mereka kemudian tersangkut pada pembetung.

Dalam keadaan panik, dia mengarahkan ibunya keluar dan naik ke atas bonet hadapan, namun arus deras membuatkan mereka hanya mampu berpaut pada cermin kereta sambil berpegangan antara satu sama lain.

“Pada masa sama, saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang lalu. Lama-kelamaan kami semakin keletihan dan ma memberitahu kakinya kejang dan juga supaya saya tidak meninggalkannya.

“Namun, pegangan tangan kami tiba-tiba terlucut sebelum ma terus dibawa arus deras,” katanya lagi.

Shamila berkata dia meraung melihat ibunya hanyut sebelum akhirnya disedari orang awam yang melalui kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.13 pagi dan enam anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, kereta yang dinaiki dua beranak itu tersangkut di pembetung dengan seorang mangsa selamat, manakala seorang lagi hilang.

“Usaha mencari mangsa dilakukan dan wanita itu ditemui jam 7.49 pagi tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya. Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut.



KD: Bab banjir, arus tak nampak ganas pun boleh jadi perangkap. Kisah ini berat, moga keluarga arwah diberikan kekuatan melalui ujian yang sangat menyayat hati ini.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!