[VIDEO] Ibu Imani Terima RM30,000, Rumah Lebih RM300,000 Selepas Kontroversi Sumbangan Bekas Suami

Kisah Nur Shahera Mad Nasir, seorang ibu yang cekal menjaga anak istimewanya, Nur Imani Salsabila, kembali menjadi perhatian ramai selepas tercetus kontroversi berkaitan pemberian bantuan kepada bekas suaminya.

Sebelum ini, content creator Vain Liew yang mempunyai lebih 2 juta pengikut dilaporkan memberikan sumbangan berupa wang tunai RM10,000 dan sebuah rumah bernilai sekitar RM300,000 kepada bekas suami Shahera, Ismadi.

BERKAITAN: Ibu Di Kuala Krai Tabah Jaga Bayi Hidrosefalus, Harap Anak Membesar Sihat


Bagaimanapun, pemberian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ramai berpendapat Shahera lebih wajar menerima bantuan berkenaan kerana wanita itu merupakan individu yang selama ini menjaga Imani, selain terus berusaha mencari pendapatan tambahan bagi menampung keperluan mereka.

Imani dilaporkan menghidap hydrocephalus sejak lahir.

RM10,000 Dipastikan Sampai Kepada Imani

Dalam perkembangan terbaharu, Vain Liew bersama pihak Alphas Estate Solutions hadir menziarahi Shahera di rumahnya di Kelantan.

Menerusi perkongsian Vain Liew, wang RM10,000 yang sebelum ini diberikan kepada Ismadi akan disalurkan kepada Imani bagi kegunaan dan kebajikannya.

Dalam perkembangan sama, Shahera turut menerima sumbangan tambahan sebanyak RM20,000.

Ini menjadikan jumlah wang yang diterima Shahera ialah RM30,000, termasuk RM10,000 yang sebelum ini diberikan kepada bekas suaminya.

Rumah Lebih RM300,000 Turut Diberikan

Bukan itu sahaja, pihak Alphas Estate Solutions turut memberikan sebuah rumah bernilai lebih RM300,000 kepada keluarga berkenaan.

Menurut perkongsian tersebut, rumah itu boleh menjadi tempat berteduh buat tiga beranak selain berpotensi menjadi aset yang menjana pendapatan sewaan bulanan.

Pemberian itu juga hadir selepas pemberian rumah yang pada awalnya dirancang untuk Ismadi ditangguhkan.

Perkembangan berkenaan sekali gus mengubah situasi bantuan yang sebelum ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

Daripada hanya menjadi perbualan mengenai siapa yang menerima bantuan, akhirnya Shahera dan Imani turut menerima manfaat daripada sumbangan tersebut.

Kini, Imani mempunyai tempat yang lebih selesa untuk didiami, manakala Shahera pula menerima bantuan kewangan bagi meneruskan tanggungjawabnya menjaga anak istimewanya.

@thevainliew

"Rezeki tak pernah salah alamat" @Alphas Estate Solutions Hi semua, Vain here. Saya ingin jelaskan beberapa perkara berkaitan video saya sebelum ini: 1. Rumah dan wang tunai yang diberikan adalah daripada Alphas Estate Solutions. Team Vain hanya dilantik untuk merancang dan menguruskan surprise tersebut. 2. Pemberian rumah yang dirancang untuk Abang Ismadi telah ditangguhkan sehingga pihak Alphas Estate Solutions membuat semakan dan penilaian lanjut. 3. Buat masa ini, Alphas Estate Solutions sedang berhubung dengan Mama Imani untuk membantu Mama Imani mendapatkan satu aset yang boleh menjana pendapatan sewaan bulanan. Terima kasih atas sokongan dan perhatian anda semua. See u in the next video ❤️

♬ original sound - Vain Liew - Vain Liew

BERKAITAN: Ibu Di Kuala Krai Tabah Jaga Bayi Hidrosefalus, Harap Anak Membesar Sihat

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!