Kanak-kanak 4 Tahun Hilang Hampir 20 Tahun, Ibu Masih Setia Menanti

Hampir dua dekad selepas kehilangan yang pernah menggemparkan negara, ibu kepada Sharlinie Mohd Nashar masih setia menanti kepulangan anak perempuannya itu.

Ibunya, Suraya Ahmad, 46, berkata setiap hari beliau berdoa agar dapat bertemu semula dengan anaknya yang hilang ketika berusia empat tahun di Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari 2008.

kanak-kanak 4 tahun hilang pada 2008

Foto: Bernama


“Saya masih mengharapkan dapat bertemu Nini (Sharlinie) dalam keadaan selamat dan sihat. Nini yang dilahirkan pada 30 Januari 2004 kini telah berusia 22 tahun.

“Jika ditakdirkan kami dipertemukan semula, saya yakin masih dapat mengenalinya kerana wajahnya hampir sama dengan anak kedua saya, Sharliena yang kini berusia 26 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Pulut, Dungun.


Rindu Semakin Terasa Bila Raya

Suraya yang kini bergelar ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami, Mohd Nashar Mat pada 2018 berkata kerinduannya terhadap Sharlinie semakin terasa setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, Sharlinie seorang kanak-kanak yang ceria dan sangat teruja setiap kali menyambut hari raya, terutama apabila dapat memakai pakaian baharu.

adik sharlinie hilang

Foto: Bernama


“Sejak dia hilang, sambutan Aidilfitri terasa seperti ada yang tidak lengkap,” katanya.


Simpan Kenangan Pakaian Anak

Suraya berkata beliau hanya mampu melepaskan rindu dengan menatap gambar anaknya serta mengusap dua pasang pakaian berwarna merah jambu dan kuning yang sering dipakai Sharlinie, yang masih disimpan sehingga kini.

Namun kerinduannya sedikit terubat apabila tiga lagi anaknya sangat rapat dengannya selain kehadiran dua cucu lelaki berusia empat dan dua tahun yang menceriakan hidupnya.


Teruskan Hidup Demi Keluarga

Kini, Suraya bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya bagi menyara keluarga.

Selain itu, beliau turut menjual kerepek pisang secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.

Kehilangan Sharlinie pada tahun 2008 mengejutkan seluruh negara apabila kanak-kanak itu dilaporkan hilang ketika berjalan pulang bersama kakaknya dari sebuah taman permainan kira-kira 200 meter dari rumah sewa keluarga mereka di Taman Medan.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk pengedaran ribuan poster serta pencarian oleh pelbagai pihak, sehingga kini masih tiada maklumat mengenai keberadaan Sharlinie.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Warga Emas Panjat Pagar 2 Meter Selamatkan Diri Dan Cucu Ketika Rumah Terbakar Di Tumpat
|
“Entah dari mana datangnya kekuatan itu…”Itu luahan seorang warga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!