[VIDEO] KRW Bangkit Dua Kali Ikat Melaka FC 2-2 di Kota Bharu

Kelantan Red Warrior FC (KRW) dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Melaka FC dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Melaka FC membuka jaringan seawal minit kelima menerusi Dino Kalesic sebelum Phillip Musa menyamakan kedudukan buat KRW pada minit ke-31.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan selama tiga minit apabila Syahir Rashid kembali meletakkan Melaka FC di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-34.

KRW terus meningkatkan tekanan bagi memburu gol penyamaan sebelum Emmanuel Mbarga akhirnya menemui jalan ke gawang Melaka FC pada minit ke-83.

Jaringan tersebut memastikan KRW terhindar daripada kekalahan dengan perlawanan berakhir 2-2.

Ketangkasan Khairul Fahmi Nafikan KRW

Walaupun terpaksa bangkit dua kali, aksi KRW sepanjang perlawanan kelihatan meyakinkan apabila pasukan itu berjaya menghasilkan deretan peluang keemasan.

Beberapa peluang bagaimanapun gagal disempurnakan termasuk satu sepakan penalti oleh Mbarga yang tersasar. Ketangkasan penjaga gol Melaka FC, Khairul Fahmi Che Mat turut memainkan peranan dalam menahan percubaan demi percubaan dari KRW.

Dalam pada itu, KRW turut mengambil kesempatan melancarkan jersi baharu pasukan di hadapan penyokong yang hadir di Stadium Sultan Muhammad IV.

Sorotan Perlawanan KRW vs Melaka FC

TERKINI

Warga Emas Maut, Empat Cedera dalam Nahas Dua Kereta di Ketereh
|
Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera…
KRW Perkenal Jersi Rasmi bagi Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) secara rasmi memperkenalkan jersi…
[VIDEO] KRW Bangkit Dua Kali Ikat Melaka FC 2-2 di Kota Bharu
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) dua kali bangkit daripada…
Polis Siasat Video Tular Jual Air Ketum Ketika RXZ Members
|
Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan air ketum secara…
Jumlah Penduduk Kelantan Bagi Tahun 2026
|
Jumlah penduduk Kelantan dianggarkan meningkat kepada 1,925,300 orang pada…
Dari Penjual Tepi Jalan, Dolly Kini Dibayar Puluhan Ribu Untuk Hidang Teh
|
Di tepi sebatang jalan di Nagpur, India, seorang pemuda…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!