Piya Seru Penyokong Kelantan Penuhi SSMIV Malam Esok

Bekas kapten pasukan bola sepak Kelantan, Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya, menyeru penyokong bola sepak negeri ini menjayakan misi 10,000 penonton di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok.

Seruan itu dibuat menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa antara Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dengan kelab dari Liga 1 Thailand, Pattani FC.

Perlawanan dijadual berlangsung pada 15 November ini, jam 9 malam.

Menerusi seruan berkenaan, Piya mengajak penyokong hadir memberikan sokongan bagi memeriahkan suasana stadium dan menjayakan sasaran kehadiran 10,000 penonton.


Aksi itu juga bakal menjadi peluang buat KRW FC menilai kemampuan beberapa pemain import dan tempatan baharu yang dijangka diturunkan untuk sesi percubaan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak KRW FC memaklumkan bahawa tiket perlawanan hanya dijual secara dalam talian dan tiada jualan fizikal disediakan di kaunter stadium.

Penyokong boleh mendapatkan tiket mengikut kategori tempat duduk menerusi pautan berikut:

Bagi yang tidak dapat hadir ke stadium, siaran langsung berbayar (Live PPV) turut disediakan menerusi pautan https://krw.bcl.my/form/live15november/.

Perlawanan itu dijangka menjadi medan penting buat KRW FC menguji barisan pemain sebelum menghadapi cabaran musim baharu.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!