Kontinjen Kelantan menambah pingat emas kelapan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 menerusi atlet gimnastik artistik, Nor Adam Haziq.
Nor Adam meraih kejayaan dalam acara individu keseluruhan lelaki selepas mencatat keseluruhan 71.742 mata.
Catatan tersebut menyamai skor yang diperoleh atlet tuan rumah Selangor, Mann Chong Ming, sekali gus menyaksikan kedua-dua mereka berkongsi pingat emas.
Pingat gangsa pula menjadi milik atlet Pulau Pinang, Wilson Yeoh Wei Sin.
Kejayaan Nor Adam menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat kontinjen Kelantan selepas atlet negeri itu terus mempamerkan aksi cemerlang dalam pelbagai acara sepanjang temasya berlangsung.
Emas daripada sukan gimnastik artistik itu turut menambah koleksi pingat Kelantan dalam saingan SUKMA 2026.
Tahniah dan syabas kepada Nor Adam Haziq serta seluruh kontinjen Kelantan.
Setakat 20 Ogos, Kelantan telah pun mengumpul lapan pingat emas, lima perak dan 11 gangsa.
