Pantai Geting Dipilih Jadi Venue Pelayaran SUKMA 2028, RM500,000 Untuk Naik Taraf

Pantai Geting di Tumpat dipilih sebagai lokasi bagi acara sukan pelayaran sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 yang bakal berlangsung di Kelantan.

Perkara itu dimaklumkan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad ketika sesi penggulungan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) bagi Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Kelima Belas, hari ini.

Menurutnya, keputusan memilih Pantai Geting itu sudah dipersetujui Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan.

RM500,000 Dipohon Untuk Naik Taraf Kemudahan

Bagi memastikan lokasi berkenaan mempunyai kemudahan yang sesuai, MSN Kelantan sudah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tahun 2027.

Peruntukan itu bertujuan menaik taraf kemudahan pusat latihan sukan pelayaran, khususnya dari segi keupayaan fasiliti dan persekitaran pusat latihan.

"Untuk makluman, pada tahun 2026 peruntukan atau perbelanjaan sebanyak RM30,000 sudah diluluskan dan beberapa projek juga sudah dilaksanakan.

"Insya-Allah, bagi tahun 2027, pihak MSN sudah mengangkat permohonan kepada KBS sebanyak RM500,000 untuk kemudahan prasarana sukan pelayaran."

28 Atlet Dilatih Dua Jurulatih

Dalam perkembangan berkaitan, Zamakhshari memaklumkan Kelantan kini mempunyai dua jurulatih sukan pelayaran, masing-masing seorang jurulatih sepenuh masa dan seorang lagi sambilan.

Kedua-dua jurulatih itu bertanggungjawab melatih seramai 28 atlet negeri bagi menghadapi temasya berkenaan.

Kemudahan Sukan Di Gual Periok Turut Dicadangkan

Sementara itu, turut dibangkitkan ialah cadangan pembangunan kemudahan sukan di Rantau Panjang, melibatkan pembinaan padang bola sepak dan gelanggang sukan terbuka.

Zamakhshari berkata, cadangan membangunkan kemudahan tersebut di kawasan seluas 1.9 ekar bersebelahan Pejabat Penggawa Gual Periok kini dalam pertimbangan serta penilaian KBS.

Permohonan itu dicadangkan untuk dimasukkan di bawah Rolling Plan Kedua (RP2), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) Negeri Kelantan.

"Insya-Allah kita doakan agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan semoga warga Rantau Panjang, khususnya warga Gual Periok, akan mendapat kemudahan fasiliti sukan tersebut," jelasnya.

Untuk rekod, isu pemilihan Pantai Geting sebagai lokasi acara pelayaran dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan ketika sesi perbahasan semalam.

Bukit Merbau 51.44 Peratus, Jeli Hampir Siap – Ini Status Projek SUKMA 2028
By KD | |
Persiapan Kelantan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 terus…
Kerajaan Luluskan RM250 Juta Bagi Pembangunan Serta Sambungan ECRL Rantau Panjang
By KD | |
Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM250 juta bagi memperkukuh pembangunan Laluan…
Bukit Bunga Bakal Terima Naik Taraf Infrastruktur, Plaza IMT-GT Dijadikan Hab Pemasaran Tiga Negara
By KD | |
Kawasan perbandaran Bukit Bunga di sempadan Malaysia-Thailand bakal menerima penambahbaikan…
Pantai Geting Dipilih Jadi Venue Pelayaran SUKMA 2028, RM500,000 Untuk Naik Taraf
By KD | |
Pantai Geting di Tumpat dipilih sebagai lokasi bagi acara sukan…
Bukan RM250 Juta, Kelantan Terima Kelulusan RM30 Juta Untuk KB Sentral
By KD | |
Kerajaan Negeri Kelantan menjelaskan bahawa peruntukan yang diluluskan Kerajaan Persekutuan…
Dari Anak Tiri Jadi Anak Emas? Ini Senarai Projek Besar Diluluskan Untuk Kelantan
By KD | |
Dahulu, hubungan Kerajaan Kelantan dan Persekutuan sering menjadi perhatian apabila…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!