Van Sarat 2,560 Pod Vape Dicekup PGA, Nilai Rampasan Cecah RM316,000

Cubaan menyeludup ribuan pod vape ke Thailand gagal apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2,560 unit pod vape bersama sebuah van Toyota Hiace dalam satu operasi di Tanah Merah, pada Ahad.

Rampasan dilakukan oleh Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Lalang Pepuyu kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya menahan sebuah van yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun selepas mendapati kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan.

Pod Vape Disyaki Untuk Pasaran Thailand

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut ke atas van tersebut menemukan sejumlah kotak yang mengandungi 2,560 pod vape.

“Pemeriksaan dalam van menemukan kotak mengandungi 2,560 pod vape yang disyaki untuk diseludup ke Thailand.

“Pemandu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berkaitan barangan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk van dianggarkan berjumlah RM316,000.

Guna Pangkalan Haram Di Rantau Panjang

Hasil soal siasat awal mendapati suspek dipercayai mengumpulkan pod vape tersebut dari beberapa lokasi sekitar Tanah Merah.

Menurut Ahmad Radzi, lelaki itu memaklumkan barangan berkenaan akan dihantar ke Thailand melalui pangkalan haram di Kampung Rahmat, Rantau Panjang.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut.

Kes Disiasat KPDN

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan telah dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tanah Merah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!