Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan

Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan sempadan di pangkalan haram Nusi, Tanah Merah, berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, penemuan itu hasil maklumat orang awam yang diterima kira-kira jam 2.30 petang pada Jumaat.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota Batalion 9 PGA bersama elemen keselamatan lain digerakkan ke lokasi sebelum menemukan empat objek mencurigakan dipercayai bom ikan yang diletakkan di pangkal pokok kelapa sawit.

“Lokasi penemuan kira-kira 15 meter dari garis sempadan Malaysia-Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata, pihak PGA kemudian memaklumkan penemuan itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah sebelum cawangan persenjataan dihantar untuk menjalankan pemeriksaan awal.

Beliau berkata, UPB dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan yang tiba di lokasi kira-kira jam 6 petang menjalankan pemeriksaan lanjut dan mengesahkan kesemua objek tersebut merupakan bahan letupan buatan sendiri yang digunakan untuk aktiviti mengebom ikan.

“Kesemua bahan letupan itu berjaya dimusnahkan dengan selamat di lokasi kejadian,” katanya.

Tambah beliau, kawasan berkenaan turut dikawal rapi sepanjang operasi bagi memastikan keselamatan anggota serta orang awam.

Motif penempatan bahan letupan itu bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!