Wanita Sewa Ekskavator Roboh Rumah Pegawai Kastam

Seorang wanita di Surabaya berdepan pertuduhan di mahkamah selepas didakwa menyewa sebuah jentera berat jenis ekskavator untuk merobohkan sebuah rumah yang disangka miliknya sendiri.

Bagaimanapun, siasatan pihak berkuasa mendedahkan rumah berkenaan sebenarnya merupakan aset kerajaan di bawah Pejabat Wilayah Direktorat Jeneral Kastam dan Eksais (DJBC) Jawa Timur I, Kementerian Kewangan Indonesia.

Menurut pendakwa raya, kejadian berlaku sekitar Ogos 2025 apabila tertuduh, Murnita Triwidyaning, mendapatkan perkhidmatan sewaan ekskavator melalui kenalannya sebelum menghubungi penyedia jentera melalui aplikasi WhatsApp.

Wanita Sewa Ekskavator Roboh Rumah Pegawai Kastam 2


Pendakwa turut memaklumkan kerja-kerja perobohan dilakukan pada waktu malam sekitar jam 8 malam pada 27 Ogos 2025.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa terlebih dahulu memecahkan mangga pagar sebelum mengarahkan operator ekskavator merobohkan pagar serta struktur rumah sehingga hampir keseluruhan bangunan musnah, kecuali bahagian garaj.

Selepas kerja perobohan selesai, beliau dikatakan membayar kos sewaan jentera berjumlah 7 juta rupiah (RM1,583) kepada operator terbabit.

Kejadian itu turut menarik perhatian Ketua Rukun Tetangga (RT) yang kemudian membuat semakan dengan pihak Kastam Tanjung Perak selepas tertuduh mendakwa rumah berkenaan telah dibelinya.

gambar ilustrasi perobohan

Gambaran AI perobohan rumah pegawai


Namun, semakan rasmi mengesahkan bangunan tersebut adalah aset kerajaan Indonesia.

Pendakwa memaklumkan insiden itu mengakibatkan kerugian dianggarkan 537.36 juta rupiah (RM121,955) kepada pihak kerajaan.

Susulan itu, Murnita didakwa di bawah pertuduhan alternatif mengikut Kanun Keseksaan Indonesia atas kesalahan merosakkan harta benda milik orang lain.

Sumber: Sinar Harian, Kompas

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!