Gara-Gara Terlalu Cantik, Cikgu Tadika Ini Didesak Letak Jawatan

Seorang cikgu tadika di China menjadi perhatian ramai selepas wajahnya yang jelita dikatakan mirip artis Hong Kong terkenal, Angelababy.

Namun apa yang berlaku amat mengejutkan dan tidak sepatutnya terjadi ke atas seorang cikgu apabila ada dalam kalangan ibu-ibu kepada murid yang belajar di tadika tersebut mendesak pihak pengurusan tadika memecat cikgu tersebut.

Media tempatan di China, Xuan melaporkan alasan kaum ibu bertindak sedemikian kerana sejak cikgu tadika itu bertugas, ramai para bapa dilihat berminat untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka di tadika.

Berikutan itu cikgu terbabit merasa terancam dengan tugasan sebagai pendidik bakal ditamatkan atas desakan tersebut.

Namun begitu, pihak tadika beranggapan alasan itu tidak munasabah untuk memecat seorang guru kerana memiliki rupa paras yang cantik.

Sementara itu, menurut laporan portal Wolipop, ibu-ibu kepada murid di tadika tersebut cemburu dan bimbang terhadap tingkah laku suami mereka yang dikatakan banyak berubah. Seorang bapa (suami) yang pemalas tiba-tiba menjadi rajin menghantar dan mengambil anak-anak mereka di tadika.

Yang lagi menarik ada dalam kalangan bapa yang sanggup datang awal menunggu anak-anak mereka yang belum habis kelas lagi.

Wolipop memberitahu, walaupun menerima pelbagai desakan, pihak pengurusan tadika tersebut tidak memecat cikgu tersebut daripada jawatannya.

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!