Datuk 75 Tahun Raih Perhatian Jadi Influencer Demi Rawatan Cucu

Kasih seorang datuk terhadap cucunya sanggup mengatasi segala rasa malu apabila seorang warga emas di China memilih menjadi influencer produk kecantikan demi membantu membiayai rawatan cucunya yang menghidap penyakit genetik jarang ditemui.

Zhu Yunchang, 75, dari wilayah Jiangsu, menjaga cucunya, Cao Jingyan, 9, pada waktu siang sebelum membuat siaran langsung pada waktu malam dengan mempromosikan produk solekan menggunakan alat solek milik anak perempuannya.

Walaupun kelihatan kekok menyapu bedak dan mencuba gincu ketika bersiaran langsung, usaha Zhu mendapat perhatian ramai kerana dilakukan demi mengumpul dana rawatan cucunya.

Doktor Pernah Ramal Hayat Hanya 18 Bulan

Ketika berusia enam bulan, Jingyan disahkan menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, iaitu penyakit genetik yang menjejaskan saraf motor dan menyebabkan kelemahan otot secara beransur-ansur.

Doktor ketika itu memaklumkan kepada ibu kanak-kanak tersebut bahawa anaknya dijangka hanya mampu hidup sehingga berusia 18 bulan.

Keadaan itu menyebabkan anak perempuan Zhu mengalami tekanan emosi sehingga beliau mengambil alih sepenuhnya tugas menjaga cucunya.

Belajar Mengurut Demi Cucunya

Bukan sekadar menjaga cucunya setiap hari, Zhu turut mempelajari teknik urutan daripada ahli terapi di hospital kanak-kanak dengan menyamar sebagai ahli keluarga pesakit lain.

Selepas menguasai teknik tersebut, beliau mengurut cucunya setiap hari bagi membantu mengurangkan kesan penyakit itu, malah tetap meneruskannya walaupun dirinya sendiri kurang sihat.

Jadi Influencer Untuk Tampung Kos Rawatan

Pada 2019, ubat khas dikenali sebagai nusinersen diluluskan di China dengan kos sekitar 700,000 yuan (RM422,00) bagi setiap suntikan dan Jingyan memerlukan dua suntikan setahun.

Zhu menjual rumahnya selain meminjam wang daripada saudara-mara bagi menampung kos rawatan.

88b363c4-0920-48ee-b1c6-41861b1eccf0_d3bce048


Memandangkan tiada syarikat mahu mengambil lelaki berusia 70-an sebagai duta produk, beliau memilih untuk membuat siaran langsung sendiri menggunakan produk solekan milik anaknya.

Sejak ubat itu dilindungi insurans kesihatan China pada 2021, kos setiap suntikan menurun kepada sekitar 33,000 yuan (RM20,000).

Kini, Jingyan berusia sembilan tahun dan mampu bersekolah serta bermain bersama rakan-rakan apabila keadaannya mengizinkan.

20dd318b-730c-4b8d-85ee-aeb98a3dabd1_5d020b73


Anak perempuan Zhu menyifatkan bapanya sebagai "superman, super ayah dan super datuk", manakala Zhu hanya berharap suatu hari nanti cucunya mampu berdiri sendiri.

Apabila Jingyan memberitahu dia bercita-cita menyambung pengajian di universiti di Qingdao pada masa depan, Zhu menjawab, "Datuk akan menyokong kamu tak kira apa yang kamu pilih"

Sumber: South China Morning Post

TERKINI

Walaupun Kos Naik, Peniaga Di Machang Tetap Kekalkan Harga Mee Celup RM1
|
Ketika kebanyakan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan…
KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!