Kanak-Kanak 6 Tahun Tertusuk Paku, Kayu 1 Meter Melekat Pada Tangan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Krai selepas tangannya tertusuk paku yang masih melekat pada sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter sehingga menyukarkan rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), di sini, pada Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bermain di sebuah rumah kebun sebelum paku yang terdapat pada kayu tangga itu tertusuk pada tapak tangan kanannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada jam 12.27 tengah hari bagi membantu memotong kayu yang masih melekat pada tangan mangsa.

Menurut beliau, doktor yang merawat mangsa meminta bantuan bomba kerana kayu berkenaan terlalu panjang dan menyukarkan proses rawatan.

"Siasatan awal mendapati paku yang terdapat pada kayu tangga rumah kebun itu telah tertusuk pada tapak tangan kanan kanak-kanak tersebut.

"Berkemungkinan kayu itu tercabut ketika mangsa bermain sebelum paku berkenaan mengenai tangannya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Operasi Ambil Masa 15 Minit

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) Scania dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikerahkan ke Unit Kecemasan HSIP Kuala Krai.

Menurutnya, anggota bomba kemudian menggunakan gergaji tangan untuk memotong bahagian kayu yang masih melekat pada tangan mangsa.

"Operasi berjalan lancar dan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum mangsa diserahkan semula kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!