Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!

Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni Malaysia sebenarnya ada “barisan legenda” yang cukup kuat. Dari pelakon komedi, drama, hingga pengarah berpengaruh, nama-nama ini sudah lama mewarnai layar kaca negara.

Bayangkan jika mereka digabungkan dalam satu filem, gabungan pengalaman, bakat dan karakter berbeza, memang boleh jadi karya luar biasa.

Sabri Yunus

Antara nama paling besar yang tidak boleh dipisahkan daripada dunia seni ialah Sabri Yunus. Nama penuh beliau ialah Sabri bin Yunus yang dilahirkan di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 5 April 1961.

Kini berusia 65 tahun, beliau dikenali sebagai pelakon, pengarah dan penulis skrip yang cukup berpengaruh dalam industri. Lakonannya dalam sitkom legenda Pi Mai Pi Mai Tang Tu menjadikan beliau antara ikon seni komedi yang masih diingati hingga ke hari ini.

Mustapha Kamal

Turut mencorakkan industri ialah Mustapha Kamal bin Mohd Daud yang lahir di Kota Bharu, Kelantan pada 1 Januari 1962.

Beliau dikenali dengan imej lelaki berkarisma dan sering membawa watak romantik serta dramatik dalam drama popular seperti Manjalara dan KAMI The Movie. Walaupun sudah berusia 64 tahun, beliau masih kekal relevan dalam dunia lakonan sehingga kini.

Kamarool Haji Yusoff

Tidak ketinggalan ialah Kamarool Haji Yusoff, seorang pelakon veteran yang berasal dari Kelantan dan banyak terlibat dalam drama televisyen tempatan sejak era lama hingga kini.

Menjangkau usia 69 tahun, Kamarool semakin dikenali dengan watak komedi bersahaja yang sering menjadi tular di media sosial. Beliau dihormati dalam kalangan penggiat seni kerana pengalaman yang luas dalam industri.

Wan Hanafi Su

Ramai tersilap anggap beliau dari Kelantan, tetapi fakta sebenar — Wan Hanafi Su berasal dari Besut, Terengganu.

Berusia 75 tahun, beliau sering membawa watak yang mendalam dan sering membawa watak dialek Kelantan yang membuat ramai keliru tentang asal-usulnya.

Issey Fazlisham

Dalam generasi lebih muda, Issey Fazlisham atau Fazlisham bin Mat Hussin yang lahir di Kota Bharu pada 26 Jun 1987 turut mencuri perhatian.

Bermula sebagai tukang karut dikir barat, beliau kemudian mengembangkan bakat sebagai pelawak, pengacara dan pelakon yang kini aktif dalam pelbagai program televisyen dan radio.

Pekin Ibrahim

Nama Pekin Ibrahim atau Mohd Iznan bin Ibrahim pula tidak kurang hebatnya. Dilahirkan di Kota Bharu pada 25 Oktober 1981, beliau membawa gaya lakonan yang lebih “raw” dan realistik.

Filem seperti Bunohan dan Mat Moto menjadi bukti kekuatan beliau sebagai pelakon filem yang mampu membawa watak berat dengan penuh penghayatan.

Kesemua nama ini mempunyai kekuatan dan aura tersendiri dalam lakonan. Jika mereka digabungkan dalam satu filem, ia bukan sekadar hiburan, tetapi satu projek yang mampu menjadi legenda dalam sejarah perfileman tempatan.

KD: Kalau mereka digabungkan dalam sebuah filem, genre apa yang sesuai agaknya? Kalau min nak tengok mereka dalam filem aksi ala The Expandables.

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!