‘Kami duduk Kelantan tiada peti ais. Sayur, ikan tepi jalan sahaja, semuanya segar’ – Ina Naim

Penyanyi Ina Naim tampil menjelaskan mengenai ketiadaan peti ais yang pernah tular ketika bersama arwah suaminya, Suhaimi Saad.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ina atau nama sebenar Nordiana Mohd Naim, 41, berkata keluarganya lebih selesa menggunakan barangan masakan segar yang mudah diperoleh di Kelantan.

“Daripada nikah kami memang tiada peti ais. Tak penting pun. Kami duduk Kelantan, sayur tepi jalan saja, semua segar.

“Kami jenis makan pagi masak lain, malam makan luar. Kami tak makan satu menu dari tengahari sampai malam. Kadang-kadang arwah ajak makan malam di mamak,” katanya.

Menurut Ina lagi, selepas menerima pelbagai kecaman, suaminya kini, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, menyediakan kelengkapan rumah termasuk peti ais, mesin basuh dan pengering.

“Sebab orang kecam, kita dah ada peti ais, mesin basuh dan pengering. Semua dia beli. Tapi sebenarnya simpan makanan lama-lama dalam peti ais pun tak baik untuk kesihatan.

“Sebenarnya kita ada mesin basuh tapi rumah kami dekat dengan dobi. Jadi kita hantar dobi saja. Kebetulan jiran punya mesin basuh rosak, jadi kita bersihkan mesin tu dan beri pada jiran,” jelasnya.

Sebelum ini, kisah Ina dan arwah Suhaimi Saad yang memilih untuk hidup sederhana tanpa peti ais pernah mengundang perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

#KelantanDaily
Sumber: TikTok @mingguanwanita

@mingguanwanita

Memang bagi Ina Naim sekeluarga, kewujudan peti ais tidak dianggap sebagai perkara keperluan kerana mereka sudah terbiasa dengan membeli barang fresh setiap hari. Betul juga kata Ina Naim, kalau simpan makanan dalam peti ais lama-lama pun boleh menjatuhkan lagi kualiti makanan kita, kan? #mingguanwanita #temansetiapwanita

♬ original sound - MingguanWanita - MingguanWanita

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!