[VIDEO] Saintis Amerika Kongsi Khasiat Durian, Puji Durian Malaysia Antara Yang Terbaik

Seorang ahli kimia organik dari Amerika Syarikat, Dan Gubler, menarik perhatian ramai apabila berkongsi pandangannya mengenai khasiat durian menerusi satu video yang tular di media sosial.

Dalam video tersebut, beliau menjawab beberapa persoalan berkaitan durian berdasarkan pemahamannya mengenai pemakanan dan sains.

Menurut Dan, durian mempunyai pelbagai manfaat termasuk mengandungi antioksidan yang tinggi, kaya dengan serat serta mempunyai sifat antibakteria dan anti-radang.

Beliau juga mendakwa durian boleh membantu meningkatkan paras glutathione secara semula jadi, membekalkan tenaga serta berpotensi membantu masalah kesuburan.

Selain itu, Dan menjelaskan bahawa durian tidak meningkatkan tekanan darah, malah menyatakan buah tersebut boleh membantu menurunkan tekanan darah.

Beliau turut berkata pengambilan durian secara sederhana tidak semestinya menyebabkan pertambahan berat badan, namun jika dimakan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan badan terasa panas.

Menurutnya, bagi menikmati manfaat kesihatan yang disebutkan, memadai mengambil kira-kira empat ulas durian sekali-sekala ketika musim durian.

Mengakhiri perkongsiannya, Dan turut memuji durian Malaysia.

"I like all Malaysian durian. They're the best."

Walau bagaimanapun, sebahagian dakwaan berkaitan manfaat kesihatan durian seperti membantu membunuh sel leukemia atau meningkatkan kesuburan masih memerlukan lebih banyak kajian klinikal bagi mengesahkan keberkesanannya terhadap manusia.

Lihat video dibawah:

Sumber: Dan Gubler, Ph.D.

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!