Sektor Pertanian Sumbang RM6.1 Bilion kepada KDNK Kelantan

Sektor pertanian masih menjadi antara tulang belakang ekonomi negeri apabila menyumbang sekitar RM6.1 bilion kepada KDNK Kelantan.

Menurut kenyataan Kerajaan Negeri Kelantan, Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata sumbangan sektor pertanian di Kelantan mencecah antara 20 hingga 22.8 peratus, jauh lebih tinggi berbanding purata nasional yang hanya sekitar enam hingga tujuh peratus.

Beliau menjelaskan kekuatan Kelantan bukan hanya terletak pada pengeluaran padi melalui KADA, malah turut merangkumi pelbagai komoditi seperti tembikai, tomato tanah tinggi Lojing, cili, timun, durian, madu kelulut dan sektor penternakan.

Menurutnya, kepelbagaian itu menjadikan ekonomi pertanian Kelantan lebih stabil dan membuka lebih banyak peluang pendapatan kepada rakyat.

Pada masa sama, beliau mahu lebih ramai golongan muda melihat pertanian sebagai kerjaya profesional yang menggunakan teknologi moden, bukannya sekadar pekerjaan tradisional.

Malah, Kerajaan Negeri terus mengangkat konsep "Bertani Satu Ibadah" sebagai asas pembangunan pertanian kerana sektor itu bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi, malah turut menjamin bekalan makanan negara.

Sumber: UPKN Kelantan

TERKINI

PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Sektor Pertanian Sumbang RM6.1 Bilion kepada KDNK Kelantan
|
Sektor pertanian masih menjadi antara tulang belakang ekonomi negeri…
Lamine Yamal ‘Cawangan Bachok’ Kongsi Pengalaman Jadi Tumpuan Ketika Piala Dunia
|
Pemuda dari Kelantan yang menjadi tular kerana wajahnya dikatakan…
Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!