KPDN Rampas 825 Liter Diesel Disorok Dalam Kotak Ais Di Pengkalan Kubor

Sebuah stor dalam kawasan kilang memproses ais di Pengkalan Kubor dipercayai dijadikan lokasi transit untuk menyimpan diesel sebelum diseludup ke Thailand.

Kegiatan itu terbongkar selepas pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menjalankan serbuan di Kampung Surau Lama Geting petang semalam.

Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, operasi tersebut dijalankan hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dilakukan pihaknya.

Menurut beliau, serbuan kira-kira jam 5.45 petang itu menemukan sejumlah tong plastik berisi diesel yang disembunyikan di dalam kotak penyimpanan ais.

Disorok Dalam Kotak Simpanan Ais

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui sebuah kotak menyimpan ais berwarna putih yang memuatkan 33 tong plastik mengandungi 825 liter diesel.

“Kita percaya lokasi ini baru sahaja beroperasi sebagai transit bagi penyeludupan diesel ke Thailand melalui Sungai Golok yang terletak berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, stor yang terletak bersebelahan kilang air batu dan berhadapan tanah perkuburan dipercayai dipilih bagi mengelakkan kegiatan tersebut dikesan pihak berkuasa.

Nilai Rampasan RM4,000

Hanif berkata, jumlah diesel yang dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM4,000.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melanggar Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menyimpan barang kawalan tanpa permit atau lesen yang sah.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu atau sindiket yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!