Upah RM2,500 Sekali Jalan, Lelaki Dicekup Bawa 19 PATI Di Machang

Seorang lelaki tempatan dipercayai menerima upah RM2,500 bagi setiap perjalanan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama 19 warga Myanmar dalam dua serbuan di Pangkal Meleret, Machang pada Jumaat.

Suspek berusia 32 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ itu ditahan dalam Op Taring Wawasan kira-kira jam 11.45 pagi.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek didapati positif dadah jenis metamfetamin selepas pemeriksaan dijalankan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap sebuah Honda Jazz menemukan sembilan warga Myanmar terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita tanpa dokumen pengenalan diri.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menerima bayaran RM2,500 bagi setiap penghantaran daripada seorang lelaki Thailand dikenali sebagai ‘Is’,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, semua PATI terbabit dipercayai memasuki negara ini melalui laluan haram di sekitar Bukit Bunga, Tanah Merah sebelum dihantar ke sekitar Kuala Lumpur dan Selayang untuk bekerja sebagai pekerja am dan pembantu kedai makan.

Kira-kira 15 minit kemudian, pasukan operasi turut menahan sebuah Volkswagen Passat yang ditinggalkan selepas pemandunya melarikan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan sembilan lagi warga Myanmar terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita.

Menurut Ahmad Radzi, kesemua PATI dipercayai membayar RM3,500 seorang kepada ejen dikenali sebagai ‘Ko Myo’ untuk masuk ke Malaysia.

Tambah beliau, sebanyak dua kenderaan, 18 telefon bimbit dan anak kunci kenderaan dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM127,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: Sinar Harian

SHARE

TERKINI

Perantau Mula Balik Kampung, Trafik Ke Gua Musang Semakin Sibuk
|
Aliran trafik menuju ke pusat bandar Gua Musang semakin…
Upah RM2,500 Sekali Jalan, Lelaki Dicekup Bawa 19 PATI Di Machang
|
Seorang lelaki tempatan dipercayai menerima upah RM2,500 bagi setiap…
Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Presiden PAS Dakwa Nik Zawawi Mungkin Terpengaruh Penulisan Sejarah
|
Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!