Simpan burung dilindungi, lelaki 59 tahun dicekup di Kampung Lawang

Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pemburuan haram dan penyimpanan spesies burung dilindungi terbongkar selepas dia dicekup di sebuah rumah di Kampung Lawang, di sini pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, penahanan itu dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 8, hasil maklumat serta aduan awam.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 12/2025 Zon Timur pada jam 8.15 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati suspek menyimpan, memelihara dan mengurung beberapa spesies burung serta haiwan liar yang dilindungi tanpa lesen atau permit sah.

“Rampasan melibatkan tiga unit kuku dan satu taring yang disyaki anggota bahagian beruang, selain 15 ekor burung daripada spesies merbah luris leher, serindit, merbah kapur, selayang dan ruak-ruak.

“Turut dirampas ialah dua ekor beruk serta telefon bimbit untuk tindakan lanjut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM121,550 dan siasatan awal mendapati hidupan liar tersebut dipercayai dipelihara bagi tujuan jualan.

“Suspek dipercayai merupakan pemburu yang sudah lama berkecimpung dalam aktiviti ini dan hidupan liar yang diburu adalah untuk dijual,” ujarnya.



Tambah beliau, semua barang rampasan dan hidupan liar telah diambil tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan kes disiasat di bawah Seksyen 60 dan Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646].

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!