PGA rampas produk kosmetik bernilai RM259,000 di Rantau Panjang

RANTAU PANJANG – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai produk kosmetik dari Thailand bernilai RM259,000 selepas menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di Sekatan Jalan Raya Chabang Empat Salam di pada selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, anggota PGA yang menjalankan tugas menerusi Op Taring Wawasan Kelantan menahan kenderaan dipandu seorang lelaki Melayu berusia 36 tahun sebelum menemukan barangan berkenaan di bahagian belakang kenderaan.

Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan produk kosmetik tersebut. Lelaki berkenaan dipercayai bertindak sebagai penghantar untuk memasarkan produk terbabit di pasaran tempatan.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan adalah sebanyak RM259,000. Semua barangan diserahkan kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!