Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari

Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas secara haram di kawasan Ladang Sawit Kampung Jerimbong, Kuala Balah, Jeli yang menjadi lokasi dua lelaki maut akibat tertimbus tanah pada Rabu.

Kawasan ladang milik kerajaan negeri itu dikatakan sudah lama menjadi ‘lubuk emas’ haram dan semakin aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan harga emas yang terus meningkat.

Menurut sumber, selain penduduk tempatan, ramai juga individu dari luar daerah datang ke kawasan tersebut untuk melombong menggunakan pam penyedut air bagi mendapatkan hasil lumayan.

Difahamkan, setiap mesin mampu menghasilkan purata kira-kira 10 gram emas sehari menyebabkan semakin ramai sanggup mengambil risiko walaupun aktiviti itu dilakukan tanpa lesen.

Puluhan mesin pam penyedut air dilihat masih berada di lokasi walaupun kawasan berkenaan kerap diserbu pihak berkuasa termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Sumber turut mendakwa kegiatan itu sukar dibendung kerana pelombong hanya berhenti sementara selepas operasi dilakukan sebelum kembali aktif beberapa hari kemudian.

“Kalau tak ada modal beli mesin pun ada pihak yang sanggup beri mesin, asalkan hasil emas dijual kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, dua lelaki berusia 32 dan 38 tahun maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika dipercayai menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun mengesahkan kedua-dua mangsa menjalankan aktiviti perlombongan tanpa lesen.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!