Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok

Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok apabila perlawanan terakhir Liga A1 Semi Pro 2025/2026 menentang Bunga Raya FC dijangka mencatat kehadiran penyokong tertinggi sepanjang sejarah liga itu diperkenalkan.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV itu semakin hangat apabila jualan tiket setakat petang Jumaat dilaporkan sudah mencecah 5,196 keping.

Sudah Atasi Rekod Sebelum Ini

Untuk rekod, kehadiran tertinggi Liga A1 sebelum ini dicatat ketika aksi antara Perlis GSA dan JDT II dengan jumlah kehadiran seramai 4,799 penyokong.

Angka jualan tiket semasa kini sudah pun mengatasi rekod tersebut walaupun kaunter fizikal masih dibuka pada hari perlawanan.

Dijangka Lebih Ramai Hadir

Kehangatan aksi terakhir musim ini dijangka menarik lebih ramai penyokong hadir ke stadium pada Sabtu malam sekali gus menjadikan aksi tersebut sebagai perlawanan dengan kehadiran paling ramai dalam sejarah Liga A1 Semi Pro.

Sorakan penyokong Kelantan juga dijangka kembali menggegarkan Stadium Sultan Muhammad IV dalam usaha memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka.

KD: Peminat bolasepak Kelantan nampaknya semakin naik 'ghaa' dengan KRW!

SHARE:

TERKINI

Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Dua Anggota Tentera Maut Dipercayai Terkena Letupan Bom Semasa Latihan
|
Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai terkena letupan bom…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!