Presiden PAS Dakwa Nik Zawawi Mungkin Terpengaruh Penulisan Sejarah

Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata kesilapan dilakukan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr, Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kisah sahabat Nabi Muhammad SAW mungkin dipengaruhi oleh penulisan sejarah.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, pihak PAS juga sudah memberi peringatan kepada Nik Zawawi susulan kontroversi tersebut.

Penulisan Sejarah Tidak Boleh Jadi Dalil

Hadi berkata, beliau turut menulis artikel dalam Harakah mengenai perbezaan antara penulisan sejarah dengan sumber utama Islam seperti al-Quran dan hadis.

Katanya, penulisan sejarah bersifat bebas dan ada yang mengandungi cerita dongeng serta pelbagai versi.

“Mungkin dia terpengaruh dengan penulisan-penulisan sejarah, penulisan sejarah tak boleh jadi dalil dalam Islam,” katanya dalam sidang media di Rusila, Terengganu.

Ucapan Cetus Kontroversi

Sebelum ini, Nik Zawawi menjadi perhatian selepas kandungan ceramah politiknya didakwa menghina beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.

Dalam ucapan tersebut, beliau menyentuh mengenai kehidupan Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman ibn Affan dan Ali ibn Abi Talib sebelum memeluk Islam.

Nik Zawawi pada awalnya mempertahankan kenyataannya namun kemudian tampil memohon maaf serta menarik balik ucapan berkenaan.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata kesilapan dilakukan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kisah sahabat Nabi Muhammad SAW mungkin dipengaruhi oleh penulisan sejarah.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, pihak PAS juga sudah memberi peringatan kepada Nik Zawawi susulan kontroversi tersebut.

Penulisan Sejarah Tidak Boleh Jadi Dalil

Hadi berkata, beliau turut menulis artikel dalam Harakah mengenai perbezaan antara penulisan sejarah dengan sumber utama Islam seperti al-Quran dan hadis.

Katanya, penulisan sejarah bersifat bebas dan ada yang mengandungi cerita dongeng serta pelbagai versi.

“Mungkin dia terpengaruh dengan penulisan-penulisan sejarah, penulisan sejarah tak boleh jadi dalil dalam Islam,” katanya dalam sidang media di Rusila, Terengganu.

Ucapan Cetus Kontroversi

Sebelum ini, Nik Zawawi menjadi perhatian selepas kandungan ceramah politiknya didakwa menghina beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.

Dalam ucapan tersebut, beliau menyentuh mengenai kehidupan Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman ibn Affan dan Ali ibn Abi Talib sebelum memeluk Islam.

Nik Zawawi pada awalnya mempertahankan kenyataannya namun kemudian tampil memohon maaf serta menarik balik ucapan berkenaan.

Beliau kini turut disiasat pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan susulan laporan yang dibuat terhadap kontroversi tersebut.Beliau kini turut disiasat pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan susulan laporan yang dibuat terhadap kontroversi tersebut.


Sumber: Malaysiakini

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!