5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta

Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah lima beradik di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh yang sebelum ini tular hidup dalam keadaan daif.

Tengku Harith yang dikenali aktif membantu masyarakat termasuk menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah percuma untuk golongan kurang berkemampuan berkata, maklumat yang tersebar sebelum ini tidak tepat.

Menurutnya, beliau sendiri bersama pasukannya turun melawat keluarga tersebut untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan mereka.

“Mereka Dijaga Dengan Baik”

Katanya, lima beradik itu sebenarnya dijaga dengan baik oleh datuk dan nenek mereka dan keadaan mereka jauh berbeza daripada gambaran yang tular sebelum ini.

Tambah beliau, rumah cucu-cucu tersebut juga terletak bersebelahan rumah datuk dan nenek mereka.

Menurut Tengku Harith, pasangan warga emas itu turut menangis ketika menceritakan tekanan yang dialami selepas berita tersebut tersebar.

Malu Dengan Orang Kampung

Difahamkan, datuk kepada kanak-kanak itu berasa malu apabila sering ditanya orang kampung termasuk ketika hadir solat Jumaat.

Nenek mereka pula dikatakan tidak lalu makan dan sukar tidur malam kerana terlalu memikirkan cucu-cucunya yang didakwa diaibkan.

Mereka juga kecewa apabila segelintir pihak mula melabel mereka sebagai datuk dan nenek yang tidak bertanggungjawab.

Bantuan JKM Sudah Diluluskan

Dalam pada itu, Tengku Harith memaklumkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM850 sebulan untuk lima beradik itu sudah diluluskan.

Beliau juga dijangka akan berhubung dengan pihak MAIK bagi membantu urusan persekolahan kanak-kanak terbabit.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga berkenaan ketika lawatan tersebut.

Tengku Harith turut merayu orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih demi menjaga maruah keluarga terbabit terutama kanak-kanak yang masih bersekolah.

Sumber: Tengku Harith

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!