Lima Beradik Yatim Piatu Di Pasir Puteh Ikat Perut, Makan Telur Rebus Sekali Sehari

Lima beradik di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh kini hidup dalam serba kekurangan selepas menjadi yatim piatu dalam tempoh kurang setahun apabila kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit kronik.

BERKAITAN: 5 Beradik Yatim Piatu Ini Sebenarnya Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta


Lebih menyedihkan, mereka terpaksa mengikat perut dengan hanya makan nasi berlauk telur rebus sekali sehari selain bergantung kepada ihsan jiran apabila kehabisan bekalan makanan.

Anak Sulung Jadi Ketua Keluarga

Anak sulung, Nur Alia Natasha Mohd Fauzi, 18, kini memikul tanggungjawab menjaga empat adiknya.

Mereka ialah Nur Aleeya Balqis, 17, Muhammad Faris, 13, Muhamad Amin, 10, dan Nur Eryna Imani yang baru berusia lima tahun.

Menurut Nur Alia, ibunya, Siti Roziana Muda meninggal dunia pada 1 Oktober tahun lalu akibat komplikasi paru-paru dan diabetes.

Tidak lama kemudian, bapanya, Mohd Fauzi Mat Zain pula meninggal dunia akibat serangan jantung pada 23 April lalu.

Elaun Kerja Digunakan Untuk Adik-Adik

Nur Alia berkata, sebelum ini dia memperoleh elaun sekitar RM500 sebulan hasil mengikuti kursus kemahiran sambil bekerja di sebuah pusat homeopati dan akupunktur.

Namun pusat tersebut telah ditutup baru-baru ini menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.

“Wang itu saya guna untuk makan, sekolah dan keperluan adik-adik,” katanya.

Bil Tertunggak Dan Tunggu Bantuan JKM

Menurutnya, bil elektrik rumah mereka kini tertunggak hampir RM500 selain pernah berdepan pemotongan bekalan air tahun lalu akibat tunggakan mencecah RM1,000.

Katanya, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah datang membuat lawatan dan permohonan bantuan juga sudah diisi.

Bagaimanapun, mereka masih menunggu kelulusan bantuan tersebut bagi meringankan beban perbelanjaan harian dan persekolahan.

BERKAITAN: 5 Beradik Yatim Piatu Ini Sebenarnya Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta


Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nur Alia di talian 018-9153987 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya, 0399541100659624.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Presiden PAS Dakwa Nik Zawawi Mungkin Terpengaruh Penulisan Sejarah
|
Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang…
Ustaz Mad Kecik Selamat Bernikah Dengan Pelajar Madrasah
|
Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz…
Lima Beradik Yatim Piatu Di Pasir Puteh Ikat Perut, Makan Telur Rebus Sekali Sehari
|
Lima beradik di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh kini…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!