Enam Bulan Di Hospital, Balik Rumah Cuma 3 Hari Sempat Bermanja Dengan Ibu

“Saya baru sahaja mahu bermanja dengan ibu selepas hampir enam bulan berada di hospital dan pusat rawatan, namun hanya selepas tiga hari bersama ibu akhirnya dia pergi menghadap Ilahi.”

Itu luahan pilu Muhammad Haris Ikram Manaf, 14, yang baru sahaja pulang ke rumah selepas melalui tempoh rawatan panjang akibat kemalangan, namun diuji pula dengan pemergian ibunya, Sarina Ariffin, 53.

Muhammad Haris sebelum ini ditimpa kemalangan pada September tahun lalu dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama dua bulan sebelum ditempatkan di pusat Homecare di Kota Bharu untuk rawatan fisioterapi.

Remaja itu dibawa pulang ke rumah berkerusi roda dalam keadaan tidak sempurna akibat masalah saraf, terutama pada tangan kanan kesan kemalangan tersebut.

Walaupun diuji dengan kesakitan, Muhammad Haris tetap tersenyum dan masih mampu mengingati kejadian yang berlaku.

“Selama tiga hari pulang saya tidur di sebelah ibu (Sarina Ariffin, 53) yang juga terlantar akibat angin ahmar. Ibu nampak gembira melihat saya pulang.

“Sehinggalah malam Sabtu lalu, ibu sawan sebelum abang membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ibu meninggal dunia beberapa jam selepas itu.

“Saya menangis teresak-esak kerana tidak menyangka hanya sekejap sahaja dapat bersama dengan ibu, tambahan pula saya masih perlukan kasih sayangnya, memandangkan bapa juga sudah lama meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kusar, Gual Periok, Rantau Panjang semalam.

Dalam kunjungan semalam, Muhammad Haris turut menerima kehadiran wakil Thirdforce di bawah Yayasan Raja Shamri, Tuan Zaimah Raja Omar yang menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat.

Difahamkan, remaja itu merupakan anak asnaf Yayasan Raja Shamri yang telah dibantu sejak beberapa tahun lalu.

Muhammad Haris yang juga anak bongsu daripada lima beradik berkata, kini dia hanya mampu menumpang kasih adik-beradik terutama abang, Muhammad Ikhmal Hafiz, 20, dan kakaknya, Fatin Umairah, 16 selepas kini bergelar anak yatim piatu.

“Besar harapan saya untuk kembali pulih seperti biasa kerana mahu bersekolah seperti rakan lain.

“Insya-Allah saya akan terus kuat menjalani kehidupan ini walaupun kini sudah bergelar anak yatim piatu,” katanya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Rogol Anak Tiri Sejak Tingkatan Dua, Jurukimpal Dihukum 33 Tahun Penjara Dan 32 Sebatan
|
Seorang bapa tiri dihukum penjara 33 tahun dan 32…
Harumanis Bachok Mula ‘Mengharum’, Pesara Jana Ekonomi Baharu
|
Ketika ramai memilih berehat selepas bersara, sekumpulan pesara di…
“Saya Sudah Maafkan Pakcik Itu…” – Bapa Nur Aini Umairah
|
“Untuk pakcik yang melanggar anak saya, saya sudah memaafkannya.”…
Eda Ezrin Selamat Bersalin Anak Ketiga, Timang Bayi Perempuan
|
Penyanyi lagu dialek Kelantan, Eda Ezrin, selamat melahirkan anak…
[VIDEO] Jemaah Subuh Terkejut, Pesara Tentera Meninggal Dunia Ketika Sujud Di Tanah Merah
|
Jemaah solat subuh di Masjid As-Syakirin Mukim Kelewek, Tanah…
“Saya Hanya Terlewat Beberapa Minit…” – Ibu Murid Maut Dilanggar Van Depan Sekolah
|
“Saya terlewat hanya beberapa minit sebelum melihat anak terbaring…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!