Anak Muda Kota Bharu Sanggup Turun Padang Bersihkan Bandar Tanpa Upah Demi Kelestarian Alam Sekitar

Ketika ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan longkang tersumbat, rumput panjang dan kemudahan awam yang terbiar di media sosial, sekumpulan anak muda di sini memilih untuk bertindak sendiri dengan turun ke lapangan melakukan kerja pembersihan tanpa sebarang bayaran.

Gerakan itu digerakkan oleh Mohd Rizal Amin Soria, 25, bersama rakan-rakannya menerusi pertubuhan Hiyaz Community yang sudah aktif sejak setahun lalu di sekitar Kota Bharu.

Mohd Rizal Amin Soria


Menurutnya, usaha tersebut bermula secara kecil-kecilan menggunakan peralatan asas seperti mesin rumput milik sendiri sebelum mendapat perhatian orang ramai selepas aktiviti mereka dimuat naik di media sosial.

“Niat kami hanya mahu membantu mencantikkan kawasan sekitar. Pada awalnya kami bergerak sendiri tanpa dana dan hanya buat mengikut kemampuan,” katanya.

Selepas tular, kumpulan itu mula menerima pelbagai sumbangan termasuk mesin pemotong rumput, water jet dan peralatan lain yang membolehkan skop kerja mereka diperluaskan.

Mohd Rizal Amin Soria 2


Antara kerja yang dilakukan termasuk memotong rumput, membersihkan longkang tersumbat, mengecat kemudahan awam serta menyelenggara kawasan rekreasi dan laluan pejalan kaki.

Setakat ini, hampir 100 kerja pembersihan telah dilaksanakan di sekitar Kota Bharu dengan kebanyakan aktiviti dilakukan pada waktu malam atau hujung minggu kerana komitmen kerja tetap ahli kumpulan.

Mohd Rizal berkata, fokus mereka adalah membantu memulihara kemudahan sedia ada tanpa mengambil alih tugas mana-mana pihak berkuasa tempatan.

BERKAITAN:
Pemuda secara sukarela bersihkan kawasan sekitar Kota Bharu
Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki


“Kami cuma mahu lihat bandar ini lebih bersih, ceria dan selamat untuk semua,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa usaha itu juga bertujuan memupuk kesedaran masyarakat agar lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran.

Minatnya dalam kerja sukarela itu turut diinspirasikan oleh arwah ibunya yang aktif dalam kerja kebajikan masyarakat sejak beliau kecil.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!