Minat Sejak Usia Lima Tahun, Lee Ming Xiang Gigih Martabatkan Seni Serunai

Minat mendalam terhadap alunan dan bunyian serunai sejak berusia lima tahun mendorong seorang remaja berbangsa Tiong Hua, Lee Ming Xiang, 19, untuk terus mengembangkan bakat serta memartabatkan warisan budaya tradisional itu.

Ming Xiang berkata, alat muzik serunai tidak boleh ditiup secara sembarangan kerana memerlukan teknik dan kemahiran khusus termasuk kawalan pernafasan, posisi jari serta keupayaan menghasilkan nada yang seimbang.

“Bunyi serunai yang unik dan lantang telah menarik perhatian saya sejak kecil. Walaupun tidak ramai yang tahu atau mahir memainkannya, ia menimbulkan keinginan saya untuk belajar,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Pasir Parit, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sering dijemput membuat persembahan kebudayaan termasuk wayang kulit di kampung, selain persembahan di Zepp Kuala Lumpur pada Ogos 2024 serta majlis anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Machang dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan tahun lalu.

Ming Xiang berkata, beliau mula mendalami seni serunai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 dan menempah serunai pertamanya berharga RM280 sebatang. Asas permainan serunai dipelajarinya bersama pembuat serunai Mohd Izani Mohd Nor, 42, dan Mazlan Idris, 68.

Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah itu berkata, beliau memperuntukkan kira-kira 30 minit setiap hari untuk berlatih, termasuk menggunakan teknik meniup penyedut minuman dalam bekas air bagi melatih kawalan pernafasan.

Menurutnya, cabaran utama ialah menghasilkan lantunan lagu tradisional Melayu kerana kebanyakan lagu moden dan bahasa Inggeris mempunyai not muzik bertulis, manakala lagu tradisional perlu dipelajari melalui pendengaran, YouTube dan bimbingan guru.

Ming Xiang kini memiliki lima serunai merangkumi tiga serunai ‘ibu’ dan dua serunai ‘anak’ yang berharga antara RM280 hingga RM380 sebatang, digunakan mengikut kesesuaian persembahan seperti wayang kulit, Mak Yong, silat dan menora.



Anak kepada Quick Hoon Lian, 58, dan Lee Tiong Joo, 59 itu turut aktif berkongsi minatnya di YouTube dan TikTok menggunakan nama LeMeat Productions sebagai usaha memperkenalkan seni serunai kepada masyarakat umum.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Presiden PAS Dakwa Nik Zawawi Mungkin Terpengaruh Penulisan Sejarah
|
Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang…
Ustaz Mad Kecik Selamat Bernikah Dengan Pelajar Madrasah
|
Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz…
Lima Beradik Yatim Piatu Di Pasir Puteh Ikat Perut, Makan Telur Rebus Sekali Sehari
|
Lima beradik di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh kini…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!