Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle

Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah, malah mencetuskan pelbagai kisah menarik termasuk seorang guru yang sanggup mengangkut 100 kilogram durian Musang King menggunakan sebuah kereta Volkswagen Beetle untuk dijual semula di Kuala Lumpur.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang penjual durian terkenal di Gua Musang, Tieok Eng atau lebih mesra dikenali sebagai Aunty, menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, pelanggan tetapnya yang dikenali sebagai Cikgu Saiful sekali lagi membuat tempahan sebanyak 100 kilogram durian Musang King.

Pada mulanya, Aunty menyangka durian tersebut akan dijual di Kota Bharu seperti kebiasaan.

Namun katanya, beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa durian berkenaan sebenarnya akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk dijual.

“Cikgu Saiful hari ni order lagi 100 kilo durian Musang King. Aunty ingat nak gi jual kat KB lagi, rupanya nak gi jual kat KL.

“Ni baru betul-betul orang rajin, mengajar lagi dan rebut peluang cari rezeki yang lebih masa musim durian ni" tulisnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang memuji kegigihan guru berkenaan memanfaatkan musim durian untuk menambah pendapatan sampingan.

Selain itu, ramai netizen turut terhibur apabila melihat sebuah Volkswagen Beetle digunakan untuk mengangkut sehingga 100 kilogram durian premium tersebut.

Musim durian tahun ini menyaksikan harga Musang King di Gua Musang turun dengan ketara susulan lambakan bekalan, sekali gus membuka peluang kepada ramai peniaga dan orang ramai mendapatkan durian premium pada harga lebih mampu milik.

Sumber: Tiok Eng

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!