Pemuda secara sukarela bersihkan kawasan sekitar Kota Bharu

KOTA BHARU – Seorang anak muda di bandar ini sanggup meluangkan masa setiap hari melakukan kerja komuniti seperti mencuci longkang, memotong rumput, membuang dahan pokok, mencuci pondok bas dan membersihkan kaki lima demi memastikan persekitaran sentiasa bersih dan selamat dilalui.

Menurut laporan Berita Harian, aktiviti yang dijalankan sejak empat bulan lalu itu pada awalnya hanya sekadar mengisi masa lapang, namun kini menjadi rutin harian setiap kali ada kelapangan.

Pengasas Hiyaz Community, Rizal Amin, 24, berkata beliau memulakan kerja pembersihan itu secara sukarela seorang diri dengan tujuan menjaga kebersihan bandar dan memberi contoh kepada masyarakat.

Menurutnya, rakaman aktiviti berkenaan turut dimuat naik di laman TikTok bagi memberi inspirasi kepada orang ramai untuk sama-sama terlibat dalam kerja kebajikan.

“Dua rakan baik saya turut berminat menyertai dan kami bersama-sama membersihkan kawasan terbiar di sekitar Kota Bharu.

Kami lakukan dengan ikhlas kerana mahu memastikan bandar ini yang menjadi pusat pelancongan sentiasa terjaga dan bersih,” katanya ketika ditemui di Pintu Geng, di sini, semalam.

Rizal yang bekerja sendiri sebagai pereka grafik berkata, kerja komuniti itu biasanya dilakukan pada waktu pagi atau petang menggunakan pelbagai peralatan seperti mesin rumput, mesin penyapu daun, penyapu besi dan galah panjang.

“Ada lokasi memerlukan galah panjang seperti mencuci atap pondok bas terbiar, dan sesetengah kawasan pula perlu guna mesin rumput.

Saya akan bawa peralatan yang sesuai dan meluangkan masa lebih dua jam setiap sesi,” katanya.

Tambahnya, minat terhadap kerja kebajikan bermula sejak usia 15 tahun apabila beliau membantu arwah ibu, Rubiah Alias, membersihkan laman rumah serta belajar menggunakan mesin rumput daripadanya.

“Saya gunakan kemahiran yang arwah ibu ajar untuk berbakti kepada masyarakat dan mengajak orang ramai melakukan kerja komuniti bersama-sama,” katanya.



Rizal turut menyeru Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) supaya terus memantau kawasan terbiar yang dipenuhi rumput panjang kerana ia boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dan pejalan kaki.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!