Nestlé rancang kurangkan 16,000 pekerja di seluruh dunia

Syarikat makanan gergasi Switzerland, Nestlé, merancang untuk mengurangkan 16,000 pekerja di seluruh dunia susulan kempen boikot terhadap syarikat berkaitan Israel yang semakin meluas selepas perang genosid rejim itu ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Pada Khamis, Nestlé yang terkenal dengan jenama popular seperti Nescafe, Milo dan KitKat, mengumumkan bahawa langkah pengurangan pekerja itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Syarikat itu turut memaklumkan bahawa ia akan meningkatkan penjimatan kos disasarkan kepada 3 bilion franc Switzerland (AS$3.76 bilion) menjelang akhir tahun depan, berbanding rancangan asal sebanyak 2.5 bilion franc Switzerland (AS$3.13 bilion).

“Dunia sedang berubah, dan Nestlé perlu berubah dengan lebih pantas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé, Philipp Navratil, dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 12,000 jawatan professional di pelbagai lokasi akan dihapuskan, manakala 4,000 lagi melibatkan pekerjaan dalam sektor pembuatan dan rantaian bekalan sebagai sebahagian daripada inisiatif produktiviti berterusan syarikat.

Langkah pemotongan ini dijangka menjimatkan sehingga 1 bilion franc Switzerland (AS$1.25 bilion) setahun menjelang akhir tahun depan.

Tahun lalu, Nestlé mengakui bahawa jualan syarikat merosot selepas menjadi sasaran utama kempen boikot, pelaburan dan sekatan (BDS) berikutan pemilikan oleh syarikat makanan Israel, Osem.

Kempen boikot terhadap jenama pro-Israel semakin meningkat sejak Oktober 2023, selepas rejim Israel melancarkan serangan berdarah selama dua tahun ke atas Gaza yang mengorbankan hampir 70,000 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.



Bulan lalu, rangkaian kopi Amerika Starbucks – yang turut menjadi sasaran boikot – mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan kira-kira 900 pekerja dan menutup lebih 100 cawangan di seluruh Amerika Utara.

#KelantanDaily
Sumber: presstv.co.uk

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!