Ustaz Mad Kechik, ZRA, Ardell antara 23 delegasi Malaysia yang terakhir telah ditahan

KUALA LUMPUR – Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA, disahkan antara sukarelawan terbaharu yang ditahan secara tidak sah oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF) dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Perkembangan itu dimaklumkan melalui hantaran di laman Facebook rasmi Sumud Nusantara sebentar tadi. Selain ZRA, turut ditahan ialah Muhammad Abdullah atau Ustaz Mad Kechik dari MyCare Terengganu yang menaiki kapal Fair Lady.

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, juga disahkan ditahan selepas sempat merakam video terakhir yang kini tular. Dalam video itu, Ardell memohon agar kerajaan segera mengambil tindakan menyelamatkan mereka.

“Jika anda menonton video ini, ia bermaksud saya telah diculik dan ini bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada keganasan dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa,” katanya penuh emosi.

Sementara itu, Ketua Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim, mengesahkan bahawa kesemua 23 delegasi rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan berkenaan kini sudah ditahan oleh rejim Israel. Beliau berkata sebahagian daripada mereka dipercayai telah dibawa ke darat.

Menurutnya, pihak SNCC akan segera mengadakan pertemuan bersama keluarga delegasi Malaysia yang terlibat untuk menyampaikan perkembangan terkini selain memberi jaminan sokongan penuh agar mereka mendapat maklumat secara berterusan.

Tahanan itu berlaku selepas Israel memintas dan menawan kapal-kapal flotila yang membawa lebih 40 bot awam dengan kira-kira 500 aktivis antarabangsa termasuk ahli Parlimen, peguam dan sukarelawan. Konvoi tersebut membawa bekalan bantuan ubat-ubatan dan makanan untuk disalurkan ke Gaza.

Senarai penuh 23 tahanan Malaysia melibatkan individu dari sepuluh kapal berbeza. Antara mereka ialah Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil yang berada di kapal Alma, manakala di kapal Sirius pula terdapat Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin serta Rusydi Ramli. Kapal Huga menempatkan penyanyi Zizi Kirana, manakala kapal Grande Blu pula membawa Norfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee serta Danish Nazram.

Di kapal Hio, aktivis popular Heliza Helmi bersama adiknya Hazwani turut ditahan, sementara di kapal Free Willy pula ada Hareez Adzrami atau Haroqs, Haikal Luqman dan Dr Taufiq Razif. Selain itu, Rahmat Ikhsan, Mohd Asmawi, Norazman Ishak dan Norhelmi Ab Ghani berada di kapal Estrella Y Manuel, manakala Ardell Aryana ditempatkan di kapal Mikeno.

Turut mengesahkan kehadiran Malaysia dalam senarai tahanan ialah Zainal Rashid Ahmad bersama Ustaz Mad Kechik di kapal Fair Lady serta Awang Razali yang berada di kapal Inana yang terakhir ditahan.

#KelantanDaily
Sumber: Sumud Nusantara, Sinar Harian

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan