“Kelantan Dah Lama Ketinggalan, Jadi Kita Nak Kejar” – MB Kelantan

Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas layanan yang disifatkan adil dan saksama kepada negeri itu dalam pelaksanaan projek serta keperluan pembangunan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Menurutnya, pendekatan kerjasama itu diibaratkan seperti hubungan anak dan bapa yang perlu sentiasa berunding demi kepentingan bersama.

“Kami di peringkat negeri sentiasa mengamalkan hubungan baik ini dan saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri lain.

“Malah ada yang mengatakan Kelantan kadang kala menerima perhatian lebih dan bagi kami sama sudah baik serta lebih baik kalau lebih lagi,” katanya.


Hubungan Negeri-Persekutuan Ibarat Anak Dan Bapa

Beliau berkata demikian ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (PAS-Kuala Balah) berkaitan mekanisme pelaksanaan dan pengurusan Belanjawan 2026 serta langkah mitigasi risiko ekonomi.


“Kelantan Dah Lama Ketinggalan, Jadi Kita Nak Kejar”

Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin mengakui Kelantan merupakan antara negeri yang sudah lama ketinggalan dari segi pembangunan, justeru usaha mengejar kemajuan perlu dipercepatkan dengan sokongan semua pihak.

“Kelantan dah lama ketinggalan, jadi kita nak kejar.

“Maka wajar setiap permohonan dan keperluan rakyat Kelantan dipertimbangkan segera oleh kerajaan Persekutuan,” katanya.

Dalam nada berseloroh, beliau berkata gelaran negeri miskin bukanlah isu besar, namun menegaskan aspek kebajikan rakyat perlu terus dipelihara.

“Kita selalu disebut negeri miskin, tak apa, tapi jangan sampai jadi fakir,” katanya.


Tekankan Disiplin Kewangan Dan Projek Berimpak Tinggi

Pada masa sama, beliau menegaskan kepentingan tadbir urus kewangan yang berdisiplin dengan menekankan dua ciri utama iaitu keupayaan (al-Qawi) dan amanah (al-Amin) dalam mengurus sumber negeri.

Katanya, setiap perbelanjaan di bawah Belanjawan 2026 diurus secara berhemah dengan mengambil kira impak jangka pendek dan panjang selain memberi keutamaan kepada projek berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Pemantauan dilaksanakan secara menyeluruh melalui Pejabat Perbendaharaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi serta Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri bagi memastikan projek menepati skop, kos dan tempoh ditetapkan.

“Selain itu, pelaporan berkala, lawatan tapak dan tindakan terhadap projek lewat turut dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan,” katanya.


Perolehan Utamakan Syarikat Tempatan

Dalam aspek perolehan pula, beliau berkata kerajaan negeri memberi keutamaan kepada syarikat tempatan termasuk syarikat berkaitan kerajaan mengikut kepakaran sektor masing-masing seperti pertanian, digital, perlombongan dan tenaga hijau.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Dari Amerika Syarikat ke Kelantan, Fahmi Ibrahim Mahu Pikat Irfan Bakti
|
Pemain sayap kelahiran Amerika Syarikat, Fahmi Ibrahim menjadi antara…
Aliff Rakib Bertemu Anwar Selepas Cipta Sejarah di ONE Championship
|
Selepas mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama merangkul kejuaraan…
Melaka FC Jadi Medan Ujian Sebenar KRW Menjelang Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) bakal berdepan ujian sebenar…
Merhrom Rayu Malaysia Henti Penghantaran Pulang 5,000 Rohingya ke Myanmar
|
Ketika kerajaan Malaysia mengumumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000…
Masalah Dadah di Kelantan Serius, Hampir Tiada Kampung Terlepas – Saifuddin
|
Arahan supaya setiap ketua balai polis di Kelantan menahan…
Raih Hingga RM300 Sehari, Pok Mat ‘Ado Ko’ Antara Lapan Ditahan di Kota Bharu
|
Pok Mat yang dikenali menerusi ungkapan loghat Kelantan, “Assalamualaikum,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!