Peruntukan Pembangunan Di Kelantan Dinaikkan Kepada RM8 Bilion

Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti kecaknaan kerajaan terhadap pembangunan negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua peruntukan yang diluluskan akan disampaikan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana masalah yang ingin diselesaikan itu dianggap sebagai masalah negara, bukan hanya di peringkat negeri semata-mata.

Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi membantu rakyat termiskin di Kelantan.

Katanya, bantuan itu akan disalurkan tanpa mengira kefahaman politik.

“Semua tindakan ini adalah bukti pengurusan kerajaan yang baik kerana bila semua urusan negara dilakukan dengan baik kita boleh selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mini Konvensyen Keadilan Kelantan 2026 di Kota Bharu hari ini.

Anwar berkata, beliau gembira mendengar luahan rakyat yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan kerajaan hari ini kerana mengakui hanya Kerajaan MADANI berusaha dan berikhtiar menyalurkan peruntukan bagi menyelesaikan masalah di kampung.

Sebagai contoh, beliau berkata apabila dimaklumkan mengenai isu jambatan runtuh di Kuala Krai, beliau segera mengarahkan pihak berkaitan agar ia dibina semula.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menegaskan walaupun negara berdepan krisis ekonomi, masalah rakyat terutama golongan bawah tetap diberi perhatian dan itulah sebab mengapa pemerintahan Kerajaan MADANI wajar diteruskan.

“Tak ada sebab mengapa kita boleh biarkan kelompok paling miskin dalam negara. Mereka mungkin bukan pengundi kita tetapi sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap rakyat,” katanya.

Beliau juga berharap pihak pembangkang yang mempersoalkan kononnya Kerajaan Persekutuan mengabaikan Kelantan dapat melihat semula pelbagai peruntukan yang telah disampaikan khususnya untuk negeri itu.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!