KPDN Pantau 9 Stesen Minyak Sempadan Kelantan Catat Jualan Luar Biasa Tinggi

Sembilan stesen minyak di sempadan Kelantan dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi yang dipercayai menjadi tumpuan aktiviti penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi, khususnya melibatkan kawasan sempadan negara.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, stesen-stesen tersebut dikenal pasti berdasarkan corak jualan luar biasa tinggi hasil analisis data selepas pelaksanaan Sistem Kawalan Petrol Subsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS).

Menurut beliau, pemantauan dilakukan setiap hari melalui graf jualan, dan mana-mana stesen yang menunjukkan peningkatan mencurigakan akan diberikan perhatian khusus oleh pihak penguat kuasa.

Katanya, pegawai akan ditempatkan secara statik di stesen terbabit bagi memastikan urusan penjualan dibuat secara sah tanpa sebarang unsur penyelewengan.

Isu itu disifatkan serius kerana melibatkan subsidi tinggi kerajaan kepada rakyat, khususnya bagi petrol RON95 yang dijual pada harga RM1.99 seliter.

Hasil pemantauan awal turut mendapati sebahagian stesen minyak di kawasan sempadan berpotensi menjadi lokasi aktiviti penyeludupan bahan api, termasuk pengisian petrol dalam kuantiti besar menggunakan tong jerikin serta pengubahsuaian kenderaan.



Pihak KPDN menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya siasatan mendapati berlaku ketirisan subsidi, dengan tindakan tegas akan diambil termasuk penggantungan lesen, pendakwaan serta tindakan undang-undang lain mengikut peruntukan sedia ada.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!