48 Stesen Minyak Dikenal Pasti Berisiko Tinggi Berlaku Ketirisan Subsidi Di Kelantan

Sebanyak 48 stesen minyak yang berada dalam lingkungan 25 kilometer dari sempadan negara di Kelantan dikenal pasti berisiko tinggi berlaku ketirisan subsidi, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri.

Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar, berkata pihaknya kini meningkatkan kekerapan pemeriksaan di stesen-stesen terbabit bagi mengelakkan penyelewengan bahan bakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Pelaksanaan Ops Tiris 2026 turut memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan perundangan KPDN di lokasi tumpuan awam seluruh negeri.

Operasi ini melibatkan pemantauan sepenuhnya terhadap tahap pematuhan peniaga serta memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi, selain menjamin kestabilan harga kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Rondaan Dan Pemantauan Lebih Rapi

Aswadi menambah, rondaan juga memfokuskan pemantauan terhadap kenderaan yang disyaki cuba melakukan pengisian berulang menggunakan tong jerikin atau tangki tambahan.

“Selain itu, pemeriksaan turut dijalankan ke atas pemegang permit dan pemborong yang dikeluarkan oleh KPDN bagi memastikan pematuhan kepada syarat yang ditetapkan.

KPDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan penyalahgunaan subsidi, khususnya dalam situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api,” katanya.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!